Kisah ini terjadi lebih kurang
23 tahun yang lalu. Walaupun kisah ini telah lama berlalu
tetapi tetap segar dalam
ingatan aku. Semasa kejadian itu berlaku, aku masih bekerja di salah
sebuah kilang di kampung aku, kilang ini didirikan di kawasan kebun,
tetapi kawasan ni telah dimajukan untuk kawasan perkilangan. Dahulunya
tanah ini adalah milik persendirian.
Pada suatu petang, lebih
kurang pukul 5 seperti biasa pekerja-pekerja akan bergegas untuk pulang.
Tapi pada hari tersebut agak kelam kabut kerana mengejarkan rancangan
kegemaran dekat tv iaitu cerita jepun, aku pun dah lupa tajuk cerita tu.
Memang cerita tu menjadi kegemaran ramai ketika itu. Dalam keadaan yang
agak tergesa-gesa tu
adalah sorang minah ni
terjatuh tah mana silapnya aku pun tak tau, terlanggar batu kot. Kepala
minah tu terkena dekat pagar, kepalanya berdarah dan darahnya tu pulak
boleh tahan jugak banyaknya mungkin kena tang urat kot aku pun tak
pasti, habis merah lantai kat situ dengan kesan darahnya. Keesokan
harinya, minah yang terlanggar pagar tu pegi keje, heran jugak aku
takkan tak cuti, tengok pada dia yang luka tu dah
Pada keesokkan harinya pulak,
kejadian menjerit-jerit ni berlaku lagi tapi pada orang lain pulak lepas
sorang reda kena pada orang lain pulak. Macam pesta pulak, ada yang
mengilai, ada yang menjerit, ada yang ketawa, seram pulak aku tengok
perangai masing-masing nasib baik aku tak kena. Kejadian ni pulak
berlarutan hampir setengah bulan, ramai yang berhenti kerja sebab takut.
Kalau nak ke tandas pulak nak kena berteman, yelah takut terkunci
dengan sendiri sebab pernah terjadi kat aku sebelum ni, nasib baik tak
jumpa apa-apa, melaung-laung jugak la aku kat dalam tu mujur ada orang
yang dengar.
Setelah diselidik rupanya ada
sebab apa yang telah berlaku. Cerita ini diceritakan sendiri oleh pak
guard kat tempat aku bekerja tu. Dia ada melihat satu lembaga putih
terbang dari pokok saga di depan kilang dan terus menjilat pada kesan
darah minah yang terlanggar pagar tu. Dan pak guard tu cerita, dulu
tempat ni kebun milik seorang yang kaya kat kampung ni dan dia takut
hartanya di ceroboh maka dia telah menanam tengkorak di setiap penjuru
kebunnya sebagai guard la tu kot. Dan bila orang tu meninggal lupa pulak
dia nak halau guard dia tu, sampai la kilang tu didirikan kat situ,
kira marah la penunggu tu agaknya. Konon-kononnya lembaga tu mengamukla,
mengamuk kerana apa pak guard tu pun tak berapa pasti. Tapi yang
pastinya semenjak dari itu lah kejadian histeria tu terjadi. Pihak
atasan tidak berapa percaya dengan perkara ni. Budak-budak yang terkena
histeria tu ada cerita katanya dada mereka seolah-olah dipukul dengan
kepala-kepala tengkorak tanpa henti, tu yang menjerit-jerit tu.
Tidak ada komentar :
Posting Komentar