Masa kecik-kecik dulu aku
selalu ikut abah aku pergi usrah. Kadang-kadang pergi dekat,
kadang-kadang jauh. Sebagai anak yang baik, chewahh, aku ikut la... dan
memang aku sendiri pun suka bonceng motor abah aku malam-malam. Sejuk
berangin je... best. Tau tak usrah tu apa? Bagi sesiapa yang tak tau,
usrah tu macam perjumpaan la. Dalam perjumpaan tu, macam-macam perkara
diperbincangkan, terutamanya berbentuk ilmiah. Perjumpaan begini
sebenarnya menggalakkan pengeratan silaturrahmi sesama kita selain satu
cara menyampaikan ilmu. Itu maksud usrah tu. Usrah tu sendiri adalah
satu perkataan arab yang memberi makna keluarga.
Satu hari tu, macam biasa, aku
ikut abah. Kami tak naik motor. Kerana mak aku ikut sekali, kami
berkereta malam tu. Sebenarnya, sebelum tu kami pergi Melaka. Saja la
jalan-jalan sambil shopping lebih kurang... Dalam perjalanan kami balik
tu, singgah la kat tempat biasa sebab abah aku memang ada usrah malam
tu. Kebetulan pulak, ada banyak kereta yang dah parking tepi jalan dekat
surau tu. Ada satu ruang kosong kat tepi jalan, sebelah dengan kawasan
kubur. Abah aku letak kereta kat situ. Aku dan mak tak keluar, sebab
cuma ada setengah jam je lagi majlis tu nak bersurai. Kami sampai lewat
sebenarnya...
Mak aku suruh kunci semua
pintu kereta. Aku, sebagai anak yang menurut perintah, (huh!), buat la
sebagaimana mak aku suruh. Dah lepas tu, aku pandang ke luar tingkap
sebelah kiri. Ada banyak kubur kat situ. Ustaz aku ajar, kalu kita
berada di kawasan kubur, ucapkanlah salam untuk ahli-ahli kubur tu.
Kerana aku anak yang taat, maka aku pun buat la... "Assalamualaikum ya
ahlal-qubr".
Aku ngan mak kat dalam kereta
masing-masing buat hal sendiri. Mak diam aje kat depan. Aku kat belakang
pun tak buat apa, cuma mata je melilau ke seluruh kawasan kubur tu.
Hmmm... banyak pokok pisang kat situ. Ada buah ke?
Dengan tak semena-mena mata
aku terpaku ke satu kubur berhampiran. Kubur tu terletak lebih kurang 3
meter je dari aku. Aku jadi tak sedap. Apa tu haa...? "Makk...!." Mak
aku tak menyahut. Aku, nak kata takut tu tak jugak sebab aku tak nampak
sepenuhnya benda tu, cuma samar-samar je. Tapi, dalam samar-samar tu
pun, aku masih dapat mengecam. Aku nampak semacam kepala orang sedang
memandang tepat ke arahku! Letaknya di atas kubur, sebelah batu nesan.
Tok! tok! tok!. Aku terkejut
tak terkata. Rupanya abah dah sampai, suruh bukak kunci pintu. Mak aku
yang bukakan, dan aku berpaling semula ke arah kubur tu. Kepala tu masih
ada. "Mak.. Abah.. tengok tu!", sambil aku tunjuk ke kubur tu. Mak abah
aku tengok ke situ. "Apa benda ada kat situ?", tanya abah. "Tak nampak
ke? Ada kepala orang kat situ". Aku berpaling, pandang abah aku. Dia
beriya-iya cari muka orang yang aku kata tu. Mak pun sama. Aku berpaling
semula ke arah kubur tu. Tapi... aikkk! dah hilang! Kepala tu dah tak
ada... macam biskut pulak. Aku tak nampak apa-apa lagi. "Dah hilangla
abah. Tadi ada... betul...". Aku takkan nak bohong abah aku pulak,
sedangkan aku ni memang seorang anak yang baik, yang tak reti langsung
nak berbohong.
"Alaa... takde apa. Saja along
nampak je tu. Takde apa. Along ngantuk tu kot." Abah aku mungkin taknak
aku berasa takut, sebab tu dia cakap gitu. Aku memang tak takut pun...!
Tapi itu cuma cakap kat mulut je la kan... dlm hati, tuhan saja yang
tahu.
Bila dah sampai kat rumah, aku
tanya mak, kenapa dia tak menyahut aku panggil tadi. Mak kata dia
tertidur laaa... Alaahai, kesian mak aku. Dia penat agaknya. Takpela.
"Tapi betul ke mak tak nampak kepala tu tadi?". "Mana ada... takde apa
pun. Kubur tu memang la ada...". Entah. Aku diam je.
Tak lama lepas tu, aku dah
lupa sebab apa, aku singgah kat surau tu waktu zohor. Senyap-senyap, aku
pergi semua ke tempat abah parking kereta hari tu. Aku perhatikan
betul-betul. Aku tak nampak kepala, tapi aku nampak ada huruf nun besar
kat kubur tu. Alaa... kan sesetengah orang ada pasang macam dinding
kubur yang warna putih tu... tapi sekarang dah kurang dah kan. Ada
tertulis ayat kat dinding tu, hujung ayat tu ada huruf nun. Aku dah lupa
ayat apa yang tertulis kat situ. Aku pergi panggil abah, dan tunjukkan
kubur tu. Haahahaha... dia gelakkan. "Kan abah dah kata, takde apa-apa.
Along nampak huruf nun tu je hari tu...". Sebagai anak yang tak melawan
mak bapak, aku diam je. Tapi dalam kepala aku, dah ada jawapan. Kalau
aku nampak huruf nun, macam mana dia boleh naik bertenggek atas kubur?
Dah tu senyum kat aku pulak tu... Nun tu duduknya kat dinding kubur,
bukan atas kubur!
Tidak ada komentar :
Posting Komentar